Pages

Sunday, July 8, 2012

Travelouge Umrah Part 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Holla, update kali ini akuwh nak sambung Travelouge Umrah part 1  * Klik kalau nak baca :) *

26 April 2012 : Mak tak pergi  solat  Zohor kat Masjid sebab sakit kaki. So, akuwh temankan mak akuwh kat hotel. Time solat Asar pula, kitaorang lambat keluar daripada time tengah jalan nak pergi Masjid, semua dah solat. Nak redah jalan untuk sampai ke Masjid memang tak sempat la pastu mak cakap nak solat tepi jalan je * ramai orang-2 arab yang tak sempat solat kat dalam Masjid dorang solat kat tepi-2 jalan. Its so amazing ! Alangkah bagusnya kalau kat Malaysia semua orang macam tu :) *

27 April 2012 : Pagi-2 lagi group SV21 pergi ke Masjid Tana'im untuk berniat umrah yang kedua * bagi sapa-2 yang nk menunaikan umrah yg kedua je la. Tak semua orang dalam bus tuh nak buat umrah kedua *
Untuk berniat ihram di Masjid ini, jemaah disyorkan agar berniat ketika di dalam Masjid kerana sempadan Tanah Haram dan Tanah Halal begitu hampir. Maksudnya disini para jemaah tidak boleh untuk berniat ihram ketika di dalam bas kerana dikhuatiri niat yang tidak sah. 
Selepas selesai solat tahiyatul masjid dan solat sunat ihram, group SV21 bergerak ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah * tawaf, saie dan tahalul *.
Memandang hari ini adalah hari jumaat, maka Pak Ngah akuwh ingin terus duduk di Masjid bagi menunggu masuknya waktu Solat Jumaat. Akuwh yg mengantuk ni, sementara tunggu solat Jumaat boleh pulak akuwh tidur dengan sedap-2 nya kat Masjid tuh  masa Imam bagi Khutbah * astagfirullahaladzim * rasa berdosa sangat akuwh pergi tidur kat Masjid tu. Allah Maha Esa akuwh terima balasan yang cash selepas selesainya solat Jumaat tu. Nak tahu apa balasannya ? Kasut kami semua hilang. 4 pasang kasut hilang sekali gus. Akuwh tak tahu pak ngah dan mak ngah akuwh letak karung kasut tu kat rak mana, pastu dorang mungkin lupa letak kat mana then terus lesap masa nak balik tu. Letih yg terkatanya * kalau letih pun tak boleh merungut. So, kena sabar je la *
Pastu dengan berkaki ayam * akuwh pakai stoking tawaf * then akuwh, pak ngah dan mak ngah pergi ke kedai Rs 3 untuk beli selipar sementara beli selipar yang lain. Mak pula mana la boleh pakai selipar jepun so dah tentu-2 kena beli selipar lain untuk mak akuwh. Akuwh ni nasib baik lah ada beli selipar masa kat Madinah hari tu, so akuwh tak runsing sangatlah pasal nak beli selipar tu. 
Petang tu, akuwh pergi 'tawaf' kedai dengan Cik Shida * roomates sepanjang umrah *

28 April 2012 : Mutawwif  bagi rehat kat para jemaah group SV21 sebab kitaorang lama berada di Mekah * 11 hari * berbanding para jemaah group lain * berbeza mengikut package umrah yg dipilih *
Oleh sebab itu, akuwh pun pergilah merayap disekitar Mekah ni sorang-2. Nak ajak mak akuwh, dia pun tak berapa sihat. So, akuwh pun pergi shopping sorang-2. Cuma satu je mulut dan hati akuwh sepanjang perjalanan keluar tu, akuwh selawat ke atas Rasulullah dan berdoa agar Allah melindungi akuwh. Bukan apa kalau kira takut, memang takut sangat sebab macam-2 cerita akuwh dengar, kena ragut la apa la. So, akuwh berdoa banyak-2 kat Allah agar melindungi akuwh.
Actually, akuwh keluar merayap neyh nak beli makanan yang akuwh boleh makan * lapar~ *. Akuwh pergi merayap sampai ke Hotel Al-Safwa nuh haa. Jauh dari Hotel akuwh. Akuwh pusing-2 area Hotel Al-Safwa tuh then jumpa la food court. Then, akuwh order la burger double-chicken cheese * selera nak sedap-2 jeh :P *. Cashier tuh tanya la " Indonesia ? Malaysia ? ". Akuwh pun jawab la " Malaysia ".
Dah beli makanan tu, akuwh teruih balik Hotel dan makan. Yummy ! :D
Solat Asar akuwh tak pergi sebab mak tak pergi.

29 April 2012 : Group SV21 pergi ke ziarah luar iaitu pergi ke Jabal Sur * just tengok dari dalam bus je * ternyata Jabal Sur tuh memang bukit yang sangat tinggi. Bayangkan macam mana Para Rasul dan Para Nabi pada masa dahulu nak naik bukit tu. SubhanaAllah.
Then kitaorang pergi ke Jabal Rahmah tapi akuwh tak panjat pun Jabal Rahmah tu. Akuwh dan mak duduk makan aiskrim kat bawah sebab Ustaz group akuwh ni kata, " tak payah lah nk naik Jabal Rahmah tu, baik duduk bawah makan aiskrim Rs 3. " So, akuwh dan mak pun duduk bersantai kat bawah makan aiskrim :D
Sejarah pasal Jabal Rahmah ialah tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah lama terpisah. So, ramai orang datang ke Jabal Rahmah untuk memohon percepatkan jodoh. Akuwh hanya berdoa dari jauh agar pertemukan akuwh jodoh yang soleh. Aamiin.
Then, kitaorang pergi ziarah pergi ke Mudzalifah, Mina, Arafah dan Masjid Jannahrah * Miqat ihram *.
Balik ke Hotel untuk ambil wheel-chair untuk mak * sewa dari Andalusia *, masa tawaf dan saie akuwh yang tolak mak. Masa tawaf tu yg agak susah sebab akuwh kena hati-2 time tolak mak takut terlanggar orang kat depan. Saie pulak, Pak Ngah pilih kat bawah tanah sebab tak ramai orang katanya. So, akuwh pun tolak la mak akuwh. Akuwh tolak slow-2 sebab akuwh nak baca doa sambil-2 tolak mak tu. Pastu datang sorang hamba Allah neyh * akuwh tak kenal *, cakap nak tolong tolak mak akuwh. Akuwh pun bagi la, sekali bila dier dah tolak, bapak laju gila. Akuwh berlari nak ikut dier tolak mak akuwh. Rupanya orang tu macam mutawwatif under Andalusia jugak.Orang tu tolak sampai habis Saie dan Tahallul.
Balik-2 Hotel akuwh makan tengahari then pengsan * tidur *. Asar memang tak turun la. Maghrib dan Isya' pulak, mak tak pergi so akuwh pun tak pergi.
Time duduk kat bilik tu, akuwh tiba-2 teringat yg 29 april tu hari jadi si Noraiza * kakak GM *. Akuwh perasan masa tu kat Malaysia lagi sikit lagi nak pukul 12 tengah malam, then akuwh cepat-2 ambil fon dan rakam wishing Happy Bufday. Nak wish guna SMS memang dier dah tak baca, so akuwh fikir baik akuwh rakam video neyh then bluetooth kat dier bila dah balik Malaysia nanti :)

30 April 2012 : Akuwh pergi Subuh sorang-2 sebab mak akuwh tak sihat. Kat sini akuwh kena berani dan sentiasa tawakal kepada Allah. InsyaAllah.
Lepas Subuh, akuwh pergi sarapan. Pukul 7.30am ada bacaan Yassin dan Tahlil untuk group SV21. Then, akuwh keluar untuk beli baju Atiq. Balik tengahari tu akuwh tidur dan maknanya Zohor akuwh tak pergi Masjid. Lepas Lunch akuwh pergi pharmacy untuk beli ubat batuk mak * nasib baik pak arab tuh faham akuwh cakap bahasa melayu weyh *
Asar, Maghrib dan Isya' mak tak pergi sebab tak sihat * demam *. Akuwh kesian sangat kat mak akuwh bila tengok mak akuwh demam. Kenapa bukan akuwh yg demam tu ? Biar mak akuwh yang sihat, akuwh sanggup tukar tempat.

1 Mei 2012 : Akuwh pergi Subuh bersama-2 mak, mak naik wheel-chair * akuwh yg tolak *. Penat jangan cakap, sabar je la.
Pukul 8.30 am, akuwh pergi kedai runcit depan Hotel * beli aiskrim * dan alang-2 akuwh pergi kedai Broast Chicken untuk beli burger chicken double * akuwh berselera nak makan burger je *.
Lunch akuwh makan sorang-2, mak tak larat nak turun makan tapi akuwh tapaukan makanan untuk mak akuwh dalam bilik.
Hari tu akuwh just duduk dalam bilik je, dengar lagu berulang-2 sampai rosak fon lipat akuwh lepas akuwh tukar sim card arab * mobily * kepada Maxis. Panas je hati akuwh, rasa macam nak baling-2 jeh fon tuh dari Mekah ke Madinah * hiperbola sungguh *.
Zohor dan Asar tak pergi Masjid. Maghrib dan Isya' pun. Akuwh bantai tidur sampai pukul 8pm.

2 Mei 2012 : >> akuwh dah start demam teruk masa neyh <<
 7.30 am pergi ke ladang unta sorang-2, mak akuwh tak larat * akuwh beli susu unta  untuk mak akuwh *
pergi Masjid Hubaibiyah * miqat * tapi akuwh just duduk dalam bas je. Seriouly tak larat. Then, pergi Muzium.
Balik-2 bilik akuwh terus pengsan, bayangkan akuwh tak larat gila-2 mata asyik bergenang rasa nak nanges je sebab tak larat. Akuwh mandi-2 then terus tidur sampai pukul 8.45 pm * lama gila akuwh tidur. Tak sedar  mende-2 pun *
Akuwh bangun-2 ingat dah pukul 8.45 am 3 Mei * nak balik da *, akuwh pun gelabah la mandi-2. Sekali bila akuwh turun kat Lobi rupanya baru pukul 8.45 pm, orang lain semua kat Masjid nak solat Isya'. Memang terasa segan sangat.

3 Mei 2012 : Pukul 10am, Pak Ngah bawa Mak Ngah, Mak dan akuwh pergi buat tawaf wida' * tawaf selamat tinggal *.
Mak naik wheel-chair, Pak Ngah akuwh suruh akuwh tolak mula-2 tuh tapi akuwh dah tak larat sangat-2 dah then Pak Ngah akuwh yg tolak sepanjang tawaf tuh. Akuwh memang tak larat gila masa tu, rasa macam nak pitam je. Tapi akuwh kuatkan semangat. Kat Hotel, kemas-2 beg semua. Pukul 2 pm bertolak ke Jeddah. Sementara tunggu pukul 2 tuh akuwh telefon kawan-2 akuwh kat giat :).
Pukul 2pm, kami meninggalkan Tanah Suci Mekah :'( menuju ke Jeddah.
Perjalanan ke Mekah hanya mengambil 1 jam. Sampai kat Airport Jeddah, akuwh bantai pergi beli air chocolate milk shake. Demam-2 bantai akuwh g beli air tuh. Pihak Andalusia ada menyediakan makanan tapi akuwh tak makan pun, tadek selera.
You know what, flight pukul 11.45 malam tapi petang dah duduk kat airport. Airport tuh dah tentu-2 sejuk, akuwh asyik batuk jeh.
Pada pukul 11.30 pm gitu, pintu dah buka bagi penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur.
Akuwh naik la yg macam bus kecik tuh pergi ke flight Saudi Arabia. Dalam flight kali ni akuwh dapat duduk tepi tingkap. Cantik sangat permandangan tapi sebabkan akuwh tak larat. Akuwh tidur jeh sepanjang dalam flight. Bila pramugari bagi makanan pun akuwh tak makan. Tadek selera weyh.

4 Mei 2012 : Pada jam 1 petang, flight akhirnya mendarat di KLIA. Then, pergi ambil luggage * lama gila tunggu *. Pukul 2.30 pm gitu baru settle semua, then pergi ke balai ketibaan. Ramai ahli keluarga yang menyambut akuwh :')


Pengalaman yg akuwh tak kan lupakan dan akuwh akan ingat sampai bila-2 insyaAllah. Agar akuwh dapat ke sana lagi, ya Allah.

Inilah gambar-2 yang sempa di snap sewaktu di sana :

Dalam flight. Otw to Jeddah :)

Masjid Nabawi, Madinah :)

Macam ni lah muka akuwh bila tengahari.

Jabal Sur.

Selepas selesai Umrah * Safa dan Marwah,Saei *

Kaabah. Ramainya orang

Sedap :)

Unta

Jabal Rahmah :)

Makan aiskrim :)

Muzium

Demam :'(

Tiket balik Malaysia :)

Sewaktu di Airport Jeddah. Demam :'(

-->

Monday, June 4, 2012

Cik kakkk a.k.a Bestie Sis ^^,

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hai, you alls. Update kali ni selinggan sebelum masuknya Travelogue part 2.
Kali ni akuwh nak share pasal seorang kakak yang bernama Noraiza Binti Nabar.
Nama tidak semegah yang di-uar-2-kan * kejam gilaa kod *
Btw, apa yang special sangat perempuan neyh kan sampai siap jadi salah satu input dalam Blog akuwh neyh. Adoi. Menyibuk jeh perempuan yg bernama Neza Nabar * nama FB dier :p *

HEHE ! Kejam sangat kan akuwh panggil cik kak neyh perempuan. Tapi itulah nama yang dier pun suka panggil akuwh. Adil lah tu kan. Hoho ! :P
Actually akuwh senang berkawan dengan cik kak neyh, walaupun umur dier neyh 5 tahun lebih tua daripada akuwh tapi perangai dier memang tak jauh sangat dari perangai mereng + sewel akuwh neyh haa, dier lagi Ting-tong ada laa.

Akuwh kenal dengan cik kak neyh pun masa kat GMCH tuh la. First impression dier jumpa akuwh, dier kata, dier menyampah sangat-II kat akuwh weyh. HAHA ! No wonder la dier rasa menyampah sangat kat akuwh time mula-II tuh sebab akuwh boleh buat muka kerek gila time dier pandang akuwh. HAHA ! * padan muka kau, kakak ! *

Nak dijadikan cherita, akuwh jadi seronok nak berkawan dengan dier time dier tanya umur akuwh, masa tu tarikh 4hb Januari 2012. Then, akuwh jawab la " lagi 3 hari 20 tahun la umur saya " Pastu dier cakap, " Eleh, dan-II jeh bagitahu tarikh lahir dier pulak. Menyesal akuwh pergi tanya umur kau. HAHA ! " Macam hampeh jeh ayat makcik neyh kannnn. Hoho. Btw, lepas dari ni lah akuwh dah rasa selesa nak berkawan dengan cik kak neyh.

Akuwh dah anggap dier neyh macam kakak akuwh sendiri memandangkan umur dier yg tua tuh. HAHA ! 
Kalau sehari kitaorang dah bergaduh kat GMCH tuh memang tak sah. Akuwh pulak, kalau tak sakat dier sehari pun tak jadi kerja jugak. So, kitaorang kalau sehari tak bertegur nampak sangat lah bergaduh serius kann * Alhamdulilah. Tadek lagi la setakat neyh *

Pengakuan secara terbuka, akuwh mengaku akuwh sayang kakak neyh macam kakak sendiri sebab akuwh mana pernah rasa kasih sayang kakak yg mereng macam neyh. Kakak kandung akuwh, Idora Mamora, tuh sejak-II dah kahwin neyh mana ada akuwh dapat jumpa dan lepak gelak-II neyh. Yewlah orang dah kahwin neyh banyak tanggungjawab sendiri. So thats why la akuwh harapkan cik kak neyh je jadi kakak akuwh tak rasmi sepanjang GMCH neyh wujud * lepas habis GMCH tadek kakak dah akuwh :( *

Kakak ! kau lah kakak yang paling sempoi akuwh pernah jumpa dalam hidup akuwh taw. Tak pernah lagi akuwh jumpa kakak yang tak senonoh kau. Opsss ! Membuka pekung di dada la pulak. HAHA ! * mampuih chek ke balun sat lagi kalau minah jumpa link blog akuwh !! haha :P *

Btw, ni lah pic yg kitaorang pernah snap * Memang banyak sangat lah pic akuwh dgn cik kak neyh sebab kitaorang memang sokmo sama :P *

akuwh tembak kau ! HAHA ! otw to Cherating


Baju kami sama !
* Dier pinjam baju akuwh tuh :P *

kau berangan yea kakak ! :P

Dinner Hari Keluarga GMCH Di Cherating

otw balik dari Cherating
* gila black in girl akuwh neyh *
Mendapat 'Nur'. HEHE ! :)

SEGAN ! hehe !


tiru jeh i tutup muka. HOHO !

Lucky Draw tapi tak lucky punn, hoho !

Muka yg tengah tu excited naik moto. adess !

Gediks sangat bila tengok cik kak neyh buat muka gitu. HAHA !

Hey, wallet tuh familiar sangat-II la rupanya kakak.


Bersantai di tepi Taman pun jadi :P

Again di tasik

Dah macam buat pengambaran  Hindustan da akuwh rasa

Cik kak ni kata pic neyh la dier paling suka tengok.




Travelogue Umrah Part 1

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
* Jawab la ea :) *

Hye. Apa khabar semua ? Hoho. Minta maaf lah yea sebab dah lama sangat akuwh tak update Blog neyh. Akuwh betul tadek masa nak update.

Btw, update kali ni akuwh nak share kat korang pasal pengalaman akuwh sepanjang akuwh mengerjakan ibadah umrah pada 21 April hingga 6 Mei 2012.

Alhamdulillah akuwh diberi peluang untuk mengerjakan umrah pada usia akuwh 20 tahun * muda lagi ker ? :) *.
Akuwh rasa amat bersyukur atas peluang dan rezeki yg Allah berikan kepada akuwh. * ALHAMDULILAH *
Terima kasih yg tidak terhingga diucapkan kepada Tok Usu kerana menjadi Sponsor utama kalau bukan Tok Usu, Mira tidak dapat merasa menjejakkan kaki di bumi Anbia.

Akuwh pergi mengerjakan umrah bersama-sama Mak, Pak Ngah dan Mak Ngah * 4 orang ahli keluarga *
21 April 2012 kami bertolak dari Malaysia * Kualal Lumpur * menuju ke Jeddah. Bagi akuwh yg pertama kali menaiki kapal terbang memang rasa sangat teruja * over je kan *. Akuwh naik kapal terbang Saudi Arabia Airlines. Akuwh bertolak 3 petang waktu Malaysia. Mula-2 kapal terbang tuh nk terbang akuwh memang rasa cuak gilaa. Akuwh pegang pemegang kerusi tuh kuat-2 * orang kampung dapat naik flight mcm ni lah *. Bila kapal tuh dah naik rasa ok la. Akuwh duduk sit kat tengah bersama-2 keluarga akuwh. Duduk kat tengah tadek lah rasa gayat sangat kot sebab tak nampak bawah. 

10 minit. 15 minit. 20 minit. Arghh ! Bosan nya lah duduk dalam flight neyh. Tak kan lah akuwh nk duduk macam ni tanpa berbuat apa-2 sepanjang penerbangan neyh. Bosan gilaa. Pastu, akuwh pun pandang sebelah kiri akuwh * Penumpang Arab *, dia dok touch-2 screen kecik * TV * kat depan mata dia tuh. Akuwh pun tiru la apa yg dier touch. Pastu akuwh jumpa movie English Karate Kid la, Twilight la, The lion King la, Nickelodeon * cite-2 kartun tuh *. Akuwh pun dok melayan movie tuh. Bila dah sejam penerbangan, stewardess tuh datang dengan troli bawa makanan * makanan arab *. Sedap la gak makanan tuh * ada chesee kek lagi. Memang terbaik :) *
Dah macam-2 citer akuwh tengok. Dah macam-2 game gak akuwh main. Bila lah nak sampai neyh. Naik sakit pinggang akuwh duduk berjam-2 dalam flight. Bila tengok Air Map tuh, banyak negara gak flight neyh lalu. India la pe la. Rasa macam flight neyh tak bergerak pun iyew gak. Hoho. 
Setelah berjam-2 dalam flight, tiba-2 Kapten kapal tuh bagitahu tempat Miqat bagi jemaah umrah yg nak ke Mekah lepas turun kat Jeddah nanti. Akuwh memang tak faham pekejadah Kapten tuh cakap sebab dier cakap arab. Tapi kat tv kecik tuh ada tulis English la untuk menunjukkan tempat Miqat dah nak dekat. Then tak lama lepas tu stewardess tuh datang dengan troli bawa makanan lagi. Akuwh tak tahu la apa jenis makanan yg dier bagi neyh tapi akuwh yakin halal. Akuwh makan la. Uishhh ! Sedap. Rasa macam pizza tapi bukan pizza. 
Lepas akuwh siap makan, Kapten arab tuh cakap lagi yg kapal dah nak landing. Perasaan akuwh bila kapal tuh nak mendarat lak, sama macam kapal tu nk naik time mula-2 tuh. CUAK !! Tapi akuwh memang salute la dengan kapten kapal tu sebab masa dier landing tuh, tak rasa bergegar langsung. Smooth jeh. Cayaa laa.

Akhirnya sampai kat lapangan terbang Jeddah. Jam tangan akuwh menunjukkan pukul 12.30 tengah malam tapi suasana kat Jeddah macam senja jeh. Rupanya akuwh lupa yg jam akuwh tuh still lagi ikut masa Malaysia. Kalau masa kat Arab, akuwh sampai Jeddah pukul 6.30 pm. Maksudnya Malaysia cepat 5 jam berbanding Arab. Dan rupanya akuwh duduk dalam Flight tuh 9 jam ! Lama ya amat. Turun je dari Saudi Arabia Airlines kitaorang naik bas untuk menuju ke airport untuk boarding pass pula. Akuwh rasa macam letih sangat dan dah berpuluh kali menguap mungkin sebab Malaysia dah malam so akuwh pun jadi mengantuk la * andaian akuwh jee tu *. Masa kat imigresen airport Jeddah tuh, akuwh tersangkut sebab orang arab imigresen tanya akuwh " Mahram-2 ". Akuwh neyh dah cuak gaban la sebab Mahram akuwh adalah Pak ngah akuwh, pak ngah akuwh pulak dah lepas dulu ke depan. Lepas tu, akuwh pun jerit la panggil pak ngah akuwh datang kat imigresen tuh, lepas pak ngah akuwh tunjuk passport dia baru akuwh lepas masuk. Sesak jantung akuwh bila kena sekat tuh weyh. 
Then lepas cop passport + visa semua, inilah masa yang paling boring iaitu tunggu luggage bags. Kemudian kitaorang duduk kat kerusi balai ketibaan.


Dalam pukul 9 malam waktu Arab, kitaorang naik bas untuk menuju ke Madinah. Group akuwh SV21,Bas 2. So, kalau nak pergi mana-2 akuwh kena naik bas yang betul. Naik-2 bas, akuwh terus tup ! Tidur ! Mengantuk ya amat. Hanya Allah je yang tahu. Sampaikan masa dalam perjalanan tu ada pihak agensi sediakan makanan pun, akuwh makan macam dalam mamai je. Mutawwif bagi group akuwh tu bercakap apa pun, akuwh tak dengar. Tidur. Tidur. Tidur lagi.


22hb April 2012 : Tak lama lepas tu, bas tu berhenti. Rupanya dah sampai Madinah. Akuwh tengok jam dah pukul 3 pagi. Mak aih, jauh rupanya Jeddah dan Madinah 4 - 5 jam perjalanan. Then, kitaorang check-in kat Hotel Durrat Al-Fayyoz.
Akuwh dapat bilik tingkat 8 * 808 *, satu bilik 4 orang * akuwh, mak, mak ngah dan orang luar ( Shida) *
Masuk bilik memang rasa lega sangat sebab dapat baring kat atas katil. Dan pada masa yg sama, akuwh dah sesak nak cas fon akuwh yg battery dah hujung2 nyawa tuh. Puac akuwh cari plug tapi tadek kalau ada pun, plug dia lain sangat. Akuwh memang dah haru-biru la tapi relax jeh. Then, pak ngah datang bilik nak ajak kitaorang pergi solat subuh. Akuwh pelik la subuh pukul berapa, time tu baru pukul 3setengah pagi. Kitaorang pun ikut la pak ngah gi masjid Nabawi. Bila akuwh dah nampak masjid tuh dari jauh, MasyaAllah Subhannallah cantik sangat. Sungguh ! Cantik sangat. Akuwh jadi tergamam + speechless + teruja sangat-2.
Bila dah masuk pintu pagar masjid tuh akuwh tengok keadaan sekeliling penuh dengan umat manusia yg hendak menunaikan solat subuh. Pak ngah akuwh ada pesan, kat sini orang arab azan subuh dua kali. Azan yg pertama untuk mengejutkan penduduk-2 dan azan yg kedua baru masuk waktu. Patutlah sebelum akuwh berjalan ke masjid tuh, akuwh dah dengar bunyi azan tapi orang-2 kat situ masih lagi menuju kat masjid dengan lenggang-lenggok rupanya ada dua kali azan. Bila akuwh, mak dan mak ngah masuk ke dalam masjid Nabawi tuh, akuwh nampak ada orang arab pakai baju warna hitam siap dengan purdah macam tahan2 orang daripada masuk ke dalam masjid. Rupanya dorang buat Spot-check kat dalam beg setiap orang yg nak masuk sebab orang perempuan tak boleh bawa masuk fon berkamera ke dalam masjid. Akuwh time tu bantai letak fon kat dalam beg, dan disebabkan takut kena rampas atau kena halau, kitaorang buat keputusan solat subuh yang pertama kat luar masjid. Kalau korang nak tahu solat subuh kat arab, imam tak baca doa qunut. * so jgn lah korang pandai-2 nak g buat doa qunut pulak ye sebab kalau kita tak ikut imam solat kita dikira tidak sah *


Sarapan pagi pula bermula dari selepas solat subuh sehingga pukul 7 pagi. Untuk group akuwh, pada pukul 10 pagi ada ziarah ke Raudah dan Makam Rasulullah. Untuk pertama kalinya akuwh dapat masuk ke dalam masjid Nabawi * fon akuwh sorok *. Subhannallah ! Cantiknya masjid Nabawi. Cantik sangat. 
Masuk masjid Nabawi, group akuwh buat solat sunat dan kemudian pergi ke Raudah. Nak masuk dalam Raudah tu kena tunggu turn, so kami tunggu la. Sambil2 menunggu ustazah yg pandu kami, beliau menceritakan pasal sirah para Rasul. Dia bagitahu juga yang kawasan yg digelar Raudah adalah kawasan yang mempunyai karpet hijau. Maka sesiapa yg solat di Raudah maknanya sebelah kakinya sudah berada di syurga. Oleh yang demikian, tempat Raudah tu sememangnya penuh sesak dengan manusia yang ingin menunaikan solat sunat ketika di Raudah. Rasa sesak dan berhimpit. Akuwh nak jaga diri daripada tertolak dan ditolak oleh orang lain dan pada masa yang sama akuwh kena jaga juga mak akuwh supaya jgn ditolak oleh orang lain sebab mak akuwh tak sihat sangat. So, memang rasa macam nak nangis pun ada sebab sesak sangat-2 dengan orang. Ada orang yg tengah solat pun ada yg terpijak kepala ketika sujud. Memang sesak sangat. Raudah tu jadi sesak sebab Raudah adalah berhampiran dengan Makam Rasulullah. Bila akuwh tgk keadaan yg amat sesak dan mak akuwh pun macam dah tak larat yg berhimpit. Akuwh bawa mak akuwh keluar ke kawasan yg lega sikit. Bila akuwh dah cari kawasan yg lega tiba-2 akuwh tgk ada kawasan yg kosong macam tempat tu dah memang sedia untuk akuwh dan mak akuwh. Alhamdulilah. Akuwh pun bawa la mak akuwh kat kawasan yg kosong tu. Terima kasih ya Allah.
Petang pula, akuwh pergi shopping kat sekitar kawasan hotel. Sampai sesat weyh tak tahu jalan balik Hotel. Tapi alhamdulilah, akuwh berdoa agar Allah kuatkan ingatan akuwh supaya ingat segala bangunan dan jalan yg pernah akuwh lalu.


23 April 2012 : kitaorang ada ziarah luar iaitu menziarah ke Masjid Quba, Ladang Tamar dan  Pasar Tamar.
Pengalaman ? Pengalaman masuk untuk masuk ke dalam masjid Quba tuh yang paling akuwh tak dapat lupakan. Sesak ya amat. Akuwh rasa macam nak sumpah seranah je orang arab yg tak faham bahasa tuh tapi akuwh ingat pesanan nenek akuwh supaya jaga hati dan mulut sewaktu kat sana. So, akuwh sabar je lah dengan perangai orang arab yg bertolak-2 nak masuk ke dalam masjid quba. Akuwh tak kisah kalau dorang nk tolak akuwh, tapi akuwh memang tak kan bagi dorang tolak mak akuwh la weyh. Biar akuwh sakit-2 badan tahan badan supaya mak akuwh tak kena tolak. Akuwh tak tahu lah macam mana keadaan mak akuwh kalau mak akuwh pergi umrah ni sorang-2. Nauzubillah minzalik. Akuwh tak nak bayangkan.
Pergi ke ladang Tamar pula, nothing sangat yg akuwh dan mak beli just chocolate je * besar-2 coklat Arab neyh kan. *
Pasar Tamar pulak, ini tempat orang arab jual buat tamar cuma bergantung pada kita dari segi penawaran harga. Akuwh just beli Gajus dan Almond je kat sini.


24 April 2012 : Going to Mekah Al-Mukarammah :)
Bertolak dari Madinah dalam pukul 3pm. Bermiqat * niat umrah * di Bir Ali. Singgah makan di Wadikudaq * first time makan nasi padang. sedap~ *
Alhamdulilah sampai di Mekah pada pukul 11.45pm. Check-in di Hotel Al-Haram Tower. Mutawawwif suruh kumpul di lobby pukul 12am * 25 April 2012 *  bagi jemaah yg ingin mengerjakan umrah bersama-2. Akuwh, mak, mak ngah dan pkngah pun join la mutawwatif buat umrah. Sampai je kat dataran atau kawasan luar Masjidil Haram akuwh rasa macam speechless. Cantik. SubhanaAllah. Masuk je dalam Masjidil Haram tu, akuwh nampak Kaabah. SubhanaAllah. Perasaan sewaktu nampak Kaabag masa tuh memang tak dapat digambarkan dengan kata-2 * berlinang dah air mata akuwh time taip neyh. SubhanaAllah. *
Akuwh rasa macam tak sangka yang akuwh dapat menjejakkan kaki di dalam Masjidil Haram dan akuwh akan melakukan tawaf umrah. Ya Allah. Perasaan yg tidak dapat di gambarkan.
Selepas Tawaf 7 kali, Akuwh melakukan Saie dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali dan kemudian Tahallul. Akuwh siap melakukan umrah yg pertama neyh dalam pukul 3am. Alang-2 tuh, akuwh pun tunggu waktu solat subuh. Solah Subuh kat sini tidak ada doa qunut. So, korang jgn pelik pulak taw :)


Okey lah. Setakat ini saja update blog untuk kali ini. Next Update is coming soon okeyh. Wait for it. Akuwh akan menceritkan pengalaman sewaktu di sana. Maybe akuwh akuwh updatekan video sewaktu kat sana. Special Edition tahu :)


Note :

25 April 2012 
Selamat hari jadi budakkk !!
Akuwh hanya mampu mengucapkan " selamat hari jadi " dari jauh.
Akuwh pernah terfikir pada sewaktu masa dulu " apa dan dimana akuwh pada 25 april 2012 ?"
Allah tentukan akuwh supaya mengerjakan umrah yg pertama dan berada di Mekah pada 25 april 2012.
Terima kasih ya Allah kerana memberi akuwh peluang untuk berada di tanah suci Mu pada tarikh yg amat istimewa dalam hidup akuwh.
Alhamdullilah.
* 25 april 2011 - 25 april 2012 genap sewaktu akuwh dengan budakk kalau lah masih. . . . . . *

Thursday, May 31, 2012

Rindu Pada Kenangan

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hai, you all. Minta maaf sangat sebab akuwh dah lama gila tak update Blog neyh.
I'm quite busy * pelajar GM la katakan. Hoho. Tadek kena mengena pun :P *

Btw, update kali ni akuwh nak story pasal R.I.N.D.U * wah, dah lama akuwh tak update pasal hati dan perasaan neyh *

Akuwh dah lama sangat tadek perasaan rindu kat seseorang. Al-maklum lah akuwh neyh muka se-pattern je bak kata geng-2 GM akuwh. So, bila perkataan rindu terkeluar dari mulut akuwh, rasanya memang akan kena gelak tahap berguling-guling lah * terutama kalau si Neza Nabar tuh *
Eh-2, salah ke Mak Jemah nak berindu-rindu nyahhh oittt * tiba-2 *.

You nak tahu tak i rindu saper ?? Ha, teka la. Teka la. Tetttt !! Masa dah tamat. Hoho.
Actually kan, akuwh rindu pada kenangan-2 dulu. Rindu yg teramat sgt. Serius !!
Tak kesah la kenangan yang sedih ke, happy ke sebab entah la. Akuwh rasa kenangan itu lah yang membuatkan akuwh terus berubah dari semasa ke semasa * Berubah? Er, maybe kot *

Tapi kenangan yang paling akuwh terngiang-2 kat kepala otak akuwh sekarang neyh, masa akuwh kat Semsel. Macam-2 lah kenangan dok lalu kat kepala akuwh neyh ha. Cer la lalu kat kepala orang lain pulak. Bukan apa akuwh jadi sesak dada nak ingat setiap kenangan yang pernah berlaku. 
Erm. Semsel ? Apa kenangan akuwh dok fikir ? Macam-2 sangat. And jujur akuwh cakap Semsel ajar akuwh banyak perkara terutama dalam PERSAHABATAN. Memang lah PERSAHABATAN tak pernah ada dalam mata pelajaran kat scool tuh tapi in my through life in the hostel tuh memang ada lah * Faham tak ? kalau tak faham, korang tak payah baca. Kidding ! *
Beside that, Semsel juga mengajar akuwh supaya bertindak lebih matang berfikir. Akuwh hanya manusia biasa, dan di Semsel banyak kesilapan yang akuwh dah buat. Aku akui ! So, segala kesilapan akuwh yang pernah akuwh buat tuh lah yang sentiasa mengingatkan akuwh masa pada kini agar akuwh tidak terus melakukan kesilapan yang sama lagi.

Adik ?? Haha. Yeah ! Di semsel adalah zaman ke-poyo-an akuwh dalam berangkat. Akuwh akui ! Bukan saja adik angkat kat satu sekolah dan satu hostel tapi akuwh ada juga adik angkat dari sekolah lain * Bentong *. Seriusly, memang poyo gilaaa. Adesss ! Rasa menyesal pun ada seyh sebab sampai time STPM akuwh jiwa kacau pasal adik angkat * itu lah pasal result akuwh ke laut *. Tapi dah itu ketentuan akuwh, jadi akuwh kena terima. 

Okayy lahh, sebelum akuwh berleter plus melalut ke tempat lain. Baik akuwh hentikan semua update kali ni dan teruskan meng- update pasal akuwh pergi " Holiday "  selama 2 minggu tuh. So, the next update waiting for it okayhhh.

NOTE~
Akuwh rindu kau sangat-2 lah budak.
25hb dah jadi macam tarikh keramat buat akuwh.
25 april 2012 : Umrah akuwh untuk kali kedua & Bufday kau budakkkk !!
Boleh tak kau jangan wujud dalam pemikiran akuwh dah ? I've tried but i CANT !!!!
Akuwh bukan nak kau kembali kepada akuwh tapi akuwh nak bagitahu kau yang akuwh SAYANG kau lagi dan akuwh hanya nak kau kembali menjadi KAWAN akuwh seperti mana akuwh boleh berkawan dengan orang lain.
Itu jeee.
Budak ! Kita kawan kan ? Marilah menjadi kawan akuwh :(

Thursday, March 15, 2012

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
* Jawab taw *

Fuhhh !! Pergh. Habuk plus sawang plus lelabah pown ada kat Blog neyh * nampak sangat menipunya kann. HAHA !  Gasak la :P *

Anyway, memang dah lama gila akuwh tak update Blog neyh. Maaf la wahai IniAkuwhPunyaCherita, akuwh tadek masa nak belai-2 kau dengan cherita-2 akuwh * hiperbola sungguh. HAHA ! :p *

Erm. Tak sangka sekarang dah masuk bulan March * beria kan akuwh spelling dalam BI bagai. HUHU ! * Rasa macam cepat je masa berlalu and who's know dah banyak akuwh belajar kat GMCH tau. Until now on akuwh dah belajar nak buat Skirt * walaupun buruk je rupa Skirt tu. Janji akuwh buat kann. Huhu *, akuwh belajar buat Apron * walaupun Apron tu terkoyak time Overlock. huhu *, akuwh belajar buat Kolar * time tu geng-2 akuwh banyak tolong akuwh sebab akuwh banyak ponteng kelas untuk ambil lesen kereta. Terima kasih Group 1 ! :) *, akuwh dah belajar buat Blaus * ikut ukuran badan sendiri taw ! kerlass gituu. HUHU ! *, and the latest, akuwh belajar buat kemeja lelaki * u all nak tahu ?  Inilah akuwh rasa baju yang paling perfect akuwh pernah buat. Cantik ! Alamak, puji diri pula. huhu :p *

In my personal life pula, tadek apa-2 yg special kot. Eh, ada-2 ! For all my readers or Blog Walking yg baca update Blog kali ni, akuwh nak minta maaf kat korang-2 semua jika akuwh ada tersilap kata atau terkasar tingkah laku, adat dalam kehidupan, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula hubungan sesama manusia. Oleh itu akuwh ingin memohon maaf atas segalanya kepada Encik, Cik, Tuan , Puan, Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri * over je kaw emira ! * Halalkan segala makan dan minum. Jikalau akuwh ada berhutang dengan siapa-2 silalah tuntut, janganlah malu-2 untuk menuntut hak * akuwh yg patut malu sebab pinjam harta orang lain.* By the way, mesti korang pelik kenapa akuwh tiba-2 nak minta maaf bagai ni kan * dah macam hari raya pula kan.*
Sebenarnya, InsyaAllah bulan April * 21 April sehingga 3 / 4 Mei 2012 * nanti akuwh akan menunaikan ibadah Umrah bersama-2 Pak Ngah, Mak Ngah , Mak dan akuwh. Alhamdulilah akuwh diberikan peluang untuk turut menunaikan Umrah. Syukran Ya Allah ! Oleh itu, doakan akuwh selamat pergi dan selamat kembali dan semoaga akuwh mendapat Umrah yg mabrur. Amin.

Next, 7 Mac 2012 penentu segala hari bagi calon-2 yang menduduki peperiksaan STPM 2011 maka keputusan peperiksaan akan keluar pada tarikh berkenaan. Pergh ! Nervous tidak terkata beb tapi  akuwh berlagak cool and steady saja * padahal dalam hati memang cuak gila ! * Akuwh pergi ke sekolah bersama-2 AMEA * geng time sekolah :) * kitaorang tak pergi sekolah terus tapi kitaorang pergi bandar dulu * Lipis je pownn ! * kumpul ramai-2 then pukul 12.30pm baru kitaorang sampai Semsel. Memang lama gila tak jejakkan kaki kat Semsel beb. HUHU ! Rasa rindu pun ada * poyo je kaw ! * Sesampai je kat Semsel, kitaorang di arah untuk masuk ke dalam dewan besar dan Pengetua menyampaikan keputusan peperiksaan STPM 2011 kepada pelajar yang berjaya * Student top 3 ! * Memang ternyata budak yang menjadi target sekolah akhirnya mereka mendapat keputusan yang terbaikk :). Congrates to Mohd Kamarul Azriq * 3.92. TERBAIKK ! *. Congrates to Rushmimi Nazatul Fatihah * 3.78. TERBAIKK ! *. Congrates to Siti Nadila Hana * 3.58. TERBAIKK ! * Well, tahniah kepada budak kelas Ekonomi kerana terdapat 2 orang jadi top student beb. Walaupun time exam penggal, kelan Ekonomi la memang merosakkan CGPA sekolah tapi result STPM memang subjek Ekonomi naik. Thumb-up and give a big claps to them and me * tiba-2 je akuwh nk jugak. Walaupun tidak tercalon. haha ! :P *
Result akuwh ? HAHA ! korang ingat akuwh ni muka budak penchinta buka ke ha ? Penchinta muka buku * Facebook * itu sudah semestinya. HAHA ! Actually result akuwh ni memang betul-2 cukup makan untuk masuk U * just lepas syarat kelayakan saja * tapi apa-2 hal pown akuwh bersyukur dengan apa yg akuwh perolehi ini sebab sesuai la dengan usaha akuwh yg akuwh dah buat * akuwh kan banyak main je :P *
By the way, thanks a lot to my gangs yg ada kat GMCH tapi still ingat nak mesej untuk bagi kata-2 semangat. Sayang korang-2 lah ! <3

Alhamdulilah akuwh gembira dengan hidup akuwh sekarang. Akuwh bahagia mempunyai kawan-2 baru yg sekepala dengan akuwh * kak Neza, kak Sara, Husna, Nasirah, Baherah & kak Rasma * Alhamdulilah Ya Allah !

So, ini adalah beberapa picture yg akuwh upload bersama2 group GMCH akuwh masa hangout  lepas dapat elaun selama 2 bulan * joli sakan weyh time ni. HAHA ! :) *



Makan time bersama KFC :)

Berposing sebelum Makan :)

Playground !

Tangga pun berposing juga :)

Muka penuh dengan kepuasan Shopping, Kak Neza, dan Kak Ras mengira hasil yg diperolehi :)

KAMI ! tapi pic ni pecah. tak tahu kenapa
 
P/S :
akuwh sayang semua kawan-2 akuwh, tidak perlulah untuk akuwh menyebut nama-2 korang secara spesifik tapi biarlah Allah yg tahu :)

Saturday, February 11, 2012

Welcome February :)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
* Jawab okey *

Welcome February :).
 Bersyukur ke hadrat Ilahi kerna akuwh masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dan kembali meneruskan penulisan karangan akuwh * beria saja akuwh neyh. .huhu *

Anyway, akuwh sekarang ni makin tadek mood nk update blog, story tuh memang ada tapi nak susun atur ayat bagi dramatik tuh yg malas * hey, Emira. Kau ingat kau pengarah ke ? Nak drama-2 bagai. Over je kan. .huhu :) *

First story akuwh nk share ialah akuwh dah berjaya memiliki lesen kereta. .Yeah-2 ! Gol !! * macam main bola jeh akuwh bersorak neyh. .*
Pada 2hb Feb 2012 * cantik kan tarikh ny ? *, tarikh keramat bagi akuwh untuk menghadapi ujian memandu bersama-2 Pegawai JPJ * Jabatan Pengangkutan Jalan *. .Akuwh dapat no 20, maknanya akuwh orang yg ke-20 sepanjang ujian memandu pada hari ini * harap-2 no nie bawak tuah la *. . Dalam ujian memandu kereta terdapat 2 bahagian, iaitu bahagian pertama ialah di kawasan litar * mendaki bukit, parking dan tiga penjuru * dan bahagian ke-2, Jalan Raya. .Untuk bahagian pertama, akuwh agak-2 ketaq lutut time parking * akuwh pernah langgar tiang masa belajar kereta sebab salah step then kena marah. So, buatkan akuwh jadi fobia gila bila dgr bunyi tiang jatuh *. .Bila sampai giliran akuwh yg ke-20, akuwh masuk dalam kereta, pegang-2 stereng rasa licin * kompom orang yg bawak sebelum ni cuak sampai berpeluh tapak tangan *. .So, akuwh pun bawa la kereta ke bahagian pertama iaitu bukit. .Perghh ! masa tu hanya Allah je yg tahu perasaan akuwh macam mana, cuak + risau + rasa nk nangis * macam-2 ada la *. .Akuwh kuatkan semangat dan keyakinan then akuwh pun mendaki bukit * bersama kereta taw kawan-2 bukan panjat guna kaki tangan tuh. .huhu *. .Masa tarik hand-brake tu, memang cantek la akuwh berhenti, then bila JPJ dah bagi green-light suruh jalan ke depan, tiba-2 hand-brake akuwh stuck ! * Ah, sudah. Masa ni juga la hand-brake ni nk sangkut. Cuak-2 ! *. .Bila hand-brake tu dah berjaya dah diturunkan, kereta akuwh terundur sikit * kalau tgk pada keadaan terundur tuh, ada chance akuwh kandas ujian masa tu * then JPJ tu bagi akuwh Pass, memang bersyukut teramat sangat. .Next, parking dan tiga penjuru, Alhamdulilah akuwh berjaya buat dengan jayanya :). .So, untuk bahagian pertama neyh, akuwh lulus. .tunggu untuk bahagian ke-2 ni yg lama sikit sebab Pegawai tu duduk kat sebelah dan kita di uji memandu di jalan raya * perghhh ! Lagi cuak gaban seyh ! *. .
Nak dijadikan cherita sementara nk tunggu turn test tuh ada sorang mamat ni, Naim * kawan abang akuwh * ajak akuwh, Farah dan Fadhli pergi makan dulu. Mula-2 akuwh tak nak join tapi Farah beria-2 nak join * Farah tu nak mengatal dengan Fadhli tu padahalnya *. .Naim bawa kereta so dier nak ajak makan kat Raub la, lagipun Fadhli nak beli tiket bus ke KL. .Last-2 Naim cakap nak patah balik ke tempat ujian memandu sebab takut giliran dah sampai, akuwh memang sokong la. .Then nk dijadikan cherita, masa on the way tuh tiba-2 enjin kereta dia mati. .Memang akuwh cuak gaban seyh. .Kitaorg pun berhenti la kat tepi jalan, check-2 rupanya minyak habis * Sakitnya hati akuwh dengan Naim neyh *. .Nsib baik ada kawan dier datang tolong minyak * kawan dier tuh, kawan abang akuwh jugak. Memang akuwh kenal la *. .Lepas tuang minyak semua, kitaoarg bergegas balik ke tempat memandu tuh. .Sampai-2 kat situ, dah masuk turn orang ke-18. .Perghhh ! Nasib baik sempat. .Memang gila la. .Naim tu memang tak habis-2 kena bebel dengan akuwh , die menyengeh je. .Akhirnya tibalah giliran akuwh untuk membuat ujian memandu bahagian 2 * jalan raya *. .Akuwh dapat kereta Viva, Pegawai JPJ lak macam fimiliar je muka dier nie. .Ha, baru akuwh ingat Pegawai JPJ ni la yg jaga kat bahagian bukit tadi * yg bagi akuwh Pass tadi tuh :) *. .Kalau tadi akuwh terundur masa bukit kat litar tuh, tapi kali ni, kereta tu terundur masa nk keluar simpang * bukit gak ! * tapi akuwh berjaya men-control keadaan. .Anyway, Pegawai JPJ tu macam tadek perasaan * TP * je. .Tak berborak pown dengan akuwh, so akuwh rasa kekok jeh bawa kereta sebab orang yg ajar kereta ritu sokmo sangat berborak + loyar buruk dengan akuwh, so tadek la gemuruh sangat nak bawa. .Tapi masa test ni la pulak dapat Pegawai yg tak suka berborak, so diam je la sepanjang perjalanan, itu tidak penting seyh, yang penting akuwh LULUS dan dapat lesen. .Alhamdulilah :). .

Kawan akuwh, Farah, dia dapat Pegawai JPJ yg garang gila. Farah cakap sepanjang perjalanan Pegawai tu asyik maki je tentang cara pemanduan Farah tu sampaikan Farah tu menangis lepas keluar dari kereta test tu. .Kesian gila kat dia. .Walaupun Farah lulus tapi kena maki, siapa tak sakit hati kan. .

Hah ? Giat Mara ? Nak tahu ke apa cer akuwh kat GM tuh ? Boleh-2. Anyway, kat GM sekarang akuwh dah belajar banyak perkara * tapi akuwh tetap tak reti cara nk masuk benang kat mesin, kalau benang sekoci tuh akuwh dah pro. .Huhu :) * . .Erm, nak kata ada musuh pula. Entah la, group akuwh bukan nak cari gaduh dengan orang lain tapi ada je orang yg tidak puas hati dengan kitaorang * bukan semua orang suka kita kan * yang penting group akuwh hanya akan bergelak ketawa bila tugasan dah siap * bukan macam sesetengah group, 24 jam dok bergelak tapi kerja satu pun tak jalan *. .Lu pikir la sendiri derrr ~. .

Ni picture yg rajin akuwh upload kat sini. Enjoy it :)

Girl All Black
* akuwh dipaksa suruh jadi model jubah. Tak sesuai. Haha ! *

Celebrate Birthday yg lahir bulan Januari* Aina, Akuwh, Aqilah & Wani ** Akuwh kena baling tepung !! *
 
Mengisi masa lapang dengan ber-posing :)

Tema : Buat muka paling seksi.* Nasirah memang habis seksi dah tu. Haha :) *
 
Kami <3
*
Opss ! Nasirah tadek *

Kek Birthday
* Thanks for the surprise party guys :) *

Posing Saja :)