Pages

Monday, June 4, 2012

Travelogue Umrah Part 1

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
* Jawab la ea :) *

Hye. Apa khabar semua ? Hoho. Minta maaf lah yea sebab dah lama sangat akuwh tak update Blog neyh. Akuwh betul tadek masa nak update.

Btw, update kali ni akuwh nak share kat korang pasal pengalaman akuwh sepanjang akuwh mengerjakan ibadah umrah pada 21 April hingga 6 Mei 2012.

Alhamdulillah akuwh diberi peluang untuk mengerjakan umrah pada usia akuwh 20 tahun * muda lagi ker ? :) *.
Akuwh rasa amat bersyukur atas peluang dan rezeki yg Allah berikan kepada akuwh. * ALHAMDULILAH *
Terima kasih yg tidak terhingga diucapkan kepada Tok Usu kerana menjadi Sponsor utama kalau bukan Tok Usu, Mira tidak dapat merasa menjejakkan kaki di bumi Anbia.

Akuwh pergi mengerjakan umrah bersama-sama Mak, Pak Ngah dan Mak Ngah * 4 orang ahli keluarga *
21 April 2012 kami bertolak dari Malaysia * Kualal Lumpur * menuju ke Jeddah. Bagi akuwh yg pertama kali menaiki kapal terbang memang rasa sangat teruja * over je kan *. Akuwh naik kapal terbang Saudi Arabia Airlines. Akuwh bertolak 3 petang waktu Malaysia. Mula-2 kapal terbang tuh nk terbang akuwh memang rasa cuak gilaa. Akuwh pegang pemegang kerusi tuh kuat-2 * orang kampung dapat naik flight mcm ni lah *. Bila kapal tuh dah naik rasa ok la. Akuwh duduk sit kat tengah bersama-2 keluarga akuwh. Duduk kat tengah tadek lah rasa gayat sangat kot sebab tak nampak bawah. 

10 minit. 15 minit. 20 minit. Arghh ! Bosan nya lah duduk dalam flight neyh. Tak kan lah akuwh nk duduk macam ni tanpa berbuat apa-2 sepanjang penerbangan neyh. Bosan gilaa. Pastu, akuwh pun pandang sebelah kiri akuwh * Penumpang Arab *, dia dok touch-2 screen kecik * TV * kat depan mata dia tuh. Akuwh pun tiru la apa yg dier touch. Pastu akuwh jumpa movie English Karate Kid la, Twilight la, The lion King la, Nickelodeon * cite-2 kartun tuh *. Akuwh pun dok melayan movie tuh. Bila dah sejam penerbangan, stewardess tuh datang dengan troli bawa makanan * makanan arab *. Sedap la gak makanan tuh * ada chesee kek lagi. Memang terbaik :) *
Dah macam-2 citer akuwh tengok. Dah macam-2 game gak akuwh main. Bila lah nak sampai neyh. Naik sakit pinggang akuwh duduk berjam-2 dalam flight. Bila tengok Air Map tuh, banyak negara gak flight neyh lalu. India la pe la. Rasa macam flight neyh tak bergerak pun iyew gak. Hoho. 
Setelah berjam-2 dalam flight, tiba-2 Kapten kapal tuh bagitahu tempat Miqat bagi jemaah umrah yg nak ke Mekah lepas turun kat Jeddah nanti. Akuwh memang tak faham pekejadah Kapten tuh cakap sebab dier cakap arab. Tapi kat tv kecik tuh ada tulis English la untuk menunjukkan tempat Miqat dah nak dekat. Then tak lama lepas tu stewardess tuh datang dengan troli bawa makanan lagi. Akuwh tak tahu la apa jenis makanan yg dier bagi neyh tapi akuwh yakin halal. Akuwh makan la. Uishhh ! Sedap. Rasa macam pizza tapi bukan pizza. 
Lepas akuwh siap makan, Kapten arab tuh cakap lagi yg kapal dah nak landing. Perasaan akuwh bila kapal tuh nak mendarat lak, sama macam kapal tu nk naik time mula-2 tuh. CUAK !! Tapi akuwh memang salute la dengan kapten kapal tu sebab masa dier landing tuh, tak rasa bergegar langsung. Smooth jeh. Cayaa laa.

Akhirnya sampai kat lapangan terbang Jeddah. Jam tangan akuwh menunjukkan pukul 12.30 tengah malam tapi suasana kat Jeddah macam senja jeh. Rupanya akuwh lupa yg jam akuwh tuh still lagi ikut masa Malaysia. Kalau masa kat Arab, akuwh sampai Jeddah pukul 6.30 pm. Maksudnya Malaysia cepat 5 jam berbanding Arab. Dan rupanya akuwh duduk dalam Flight tuh 9 jam ! Lama ya amat. Turun je dari Saudi Arabia Airlines kitaorang naik bas untuk menuju ke airport untuk boarding pass pula. Akuwh rasa macam letih sangat dan dah berpuluh kali menguap mungkin sebab Malaysia dah malam so akuwh pun jadi mengantuk la * andaian akuwh jee tu *. Masa kat imigresen airport Jeddah tuh, akuwh tersangkut sebab orang arab imigresen tanya akuwh " Mahram-2 ". Akuwh neyh dah cuak gaban la sebab Mahram akuwh adalah Pak ngah akuwh, pak ngah akuwh pulak dah lepas dulu ke depan. Lepas tu, akuwh pun jerit la panggil pak ngah akuwh datang kat imigresen tuh, lepas pak ngah akuwh tunjuk passport dia baru akuwh lepas masuk. Sesak jantung akuwh bila kena sekat tuh weyh. 
Then lepas cop passport + visa semua, inilah masa yang paling boring iaitu tunggu luggage bags. Kemudian kitaorang duduk kat kerusi balai ketibaan.


Dalam pukul 9 malam waktu Arab, kitaorang naik bas untuk menuju ke Madinah. Group akuwh SV21,Bas 2. So, kalau nak pergi mana-2 akuwh kena naik bas yang betul. Naik-2 bas, akuwh terus tup ! Tidur ! Mengantuk ya amat. Hanya Allah je yang tahu. Sampaikan masa dalam perjalanan tu ada pihak agensi sediakan makanan pun, akuwh makan macam dalam mamai je. Mutawwif bagi group akuwh tu bercakap apa pun, akuwh tak dengar. Tidur. Tidur. Tidur lagi.


22hb April 2012 : Tak lama lepas tu, bas tu berhenti. Rupanya dah sampai Madinah. Akuwh tengok jam dah pukul 3 pagi. Mak aih, jauh rupanya Jeddah dan Madinah 4 - 5 jam perjalanan. Then, kitaorang check-in kat Hotel Durrat Al-Fayyoz.
Akuwh dapat bilik tingkat 8 * 808 *, satu bilik 4 orang * akuwh, mak, mak ngah dan orang luar ( Shida) *
Masuk bilik memang rasa lega sangat sebab dapat baring kat atas katil. Dan pada masa yg sama, akuwh dah sesak nak cas fon akuwh yg battery dah hujung2 nyawa tuh. Puac akuwh cari plug tapi tadek kalau ada pun, plug dia lain sangat. Akuwh memang dah haru-biru la tapi relax jeh. Then, pak ngah datang bilik nak ajak kitaorang pergi solat subuh. Akuwh pelik la subuh pukul berapa, time tu baru pukul 3setengah pagi. Kitaorang pun ikut la pak ngah gi masjid Nabawi. Bila akuwh dah nampak masjid tuh dari jauh, MasyaAllah Subhannallah cantik sangat. Sungguh ! Cantik sangat. Akuwh jadi tergamam + speechless + teruja sangat-2.
Bila dah masuk pintu pagar masjid tuh akuwh tengok keadaan sekeliling penuh dengan umat manusia yg hendak menunaikan solat subuh. Pak ngah akuwh ada pesan, kat sini orang arab azan subuh dua kali. Azan yg pertama untuk mengejutkan penduduk-2 dan azan yg kedua baru masuk waktu. Patutlah sebelum akuwh berjalan ke masjid tuh, akuwh dah dengar bunyi azan tapi orang-2 kat situ masih lagi menuju kat masjid dengan lenggang-lenggok rupanya ada dua kali azan. Bila akuwh, mak dan mak ngah masuk ke dalam masjid Nabawi tuh, akuwh nampak ada orang arab pakai baju warna hitam siap dengan purdah macam tahan2 orang daripada masuk ke dalam masjid. Rupanya dorang buat Spot-check kat dalam beg setiap orang yg nak masuk sebab orang perempuan tak boleh bawa masuk fon berkamera ke dalam masjid. Akuwh time tu bantai letak fon kat dalam beg, dan disebabkan takut kena rampas atau kena halau, kitaorang buat keputusan solat subuh yang pertama kat luar masjid. Kalau korang nak tahu solat subuh kat arab, imam tak baca doa qunut. * so jgn lah korang pandai-2 nak g buat doa qunut pulak ye sebab kalau kita tak ikut imam solat kita dikira tidak sah *


Sarapan pagi pula bermula dari selepas solat subuh sehingga pukul 7 pagi. Untuk group akuwh, pada pukul 10 pagi ada ziarah ke Raudah dan Makam Rasulullah. Untuk pertama kalinya akuwh dapat masuk ke dalam masjid Nabawi * fon akuwh sorok *. Subhannallah ! Cantiknya masjid Nabawi. Cantik sangat. 
Masuk masjid Nabawi, group akuwh buat solat sunat dan kemudian pergi ke Raudah. Nak masuk dalam Raudah tu kena tunggu turn, so kami tunggu la. Sambil2 menunggu ustazah yg pandu kami, beliau menceritakan pasal sirah para Rasul. Dia bagitahu juga yang kawasan yg digelar Raudah adalah kawasan yang mempunyai karpet hijau. Maka sesiapa yg solat di Raudah maknanya sebelah kakinya sudah berada di syurga. Oleh yang demikian, tempat Raudah tu sememangnya penuh sesak dengan manusia yang ingin menunaikan solat sunat ketika di Raudah. Rasa sesak dan berhimpit. Akuwh nak jaga diri daripada tertolak dan ditolak oleh orang lain dan pada masa yang sama akuwh kena jaga juga mak akuwh supaya jgn ditolak oleh orang lain sebab mak akuwh tak sihat sangat. So, memang rasa macam nak nangis pun ada sebab sesak sangat-2 dengan orang. Ada orang yg tengah solat pun ada yg terpijak kepala ketika sujud. Memang sesak sangat. Raudah tu jadi sesak sebab Raudah adalah berhampiran dengan Makam Rasulullah. Bila akuwh tgk keadaan yg amat sesak dan mak akuwh pun macam dah tak larat yg berhimpit. Akuwh bawa mak akuwh keluar ke kawasan yg lega sikit. Bila akuwh dah cari kawasan yg lega tiba-2 akuwh tgk ada kawasan yg kosong macam tempat tu dah memang sedia untuk akuwh dan mak akuwh. Alhamdulilah. Akuwh pun bawa la mak akuwh kat kawasan yg kosong tu. Terima kasih ya Allah.
Petang pula, akuwh pergi shopping kat sekitar kawasan hotel. Sampai sesat weyh tak tahu jalan balik Hotel. Tapi alhamdulilah, akuwh berdoa agar Allah kuatkan ingatan akuwh supaya ingat segala bangunan dan jalan yg pernah akuwh lalu.


23 April 2012 : kitaorang ada ziarah luar iaitu menziarah ke Masjid Quba, Ladang Tamar dan  Pasar Tamar.
Pengalaman ? Pengalaman masuk untuk masuk ke dalam masjid Quba tuh yang paling akuwh tak dapat lupakan. Sesak ya amat. Akuwh rasa macam nak sumpah seranah je orang arab yg tak faham bahasa tuh tapi akuwh ingat pesanan nenek akuwh supaya jaga hati dan mulut sewaktu kat sana. So, akuwh sabar je lah dengan perangai orang arab yg bertolak-2 nak masuk ke dalam masjid quba. Akuwh tak kisah kalau dorang nk tolak akuwh, tapi akuwh memang tak kan bagi dorang tolak mak akuwh la weyh. Biar akuwh sakit-2 badan tahan badan supaya mak akuwh tak kena tolak. Akuwh tak tahu lah macam mana keadaan mak akuwh kalau mak akuwh pergi umrah ni sorang-2. Nauzubillah minzalik. Akuwh tak nak bayangkan.
Pergi ke ladang Tamar pula, nothing sangat yg akuwh dan mak beli just chocolate je * besar-2 coklat Arab neyh kan. *
Pasar Tamar pulak, ini tempat orang arab jual buat tamar cuma bergantung pada kita dari segi penawaran harga. Akuwh just beli Gajus dan Almond je kat sini.


24 April 2012 : Going to Mekah Al-Mukarammah :)
Bertolak dari Madinah dalam pukul 3pm. Bermiqat * niat umrah * di Bir Ali. Singgah makan di Wadikudaq * first time makan nasi padang. sedap~ *
Alhamdulilah sampai di Mekah pada pukul 11.45pm. Check-in di Hotel Al-Haram Tower. Mutawawwif suruh kumpul di lobby pukul 12am * 25 April 2012 *  bagi jemaah yg ingin mengerjakan umrah bersama-2. Akuwh, mak, mak ngah dan pkngah pun join la mutawwatif buat umrah. Sampai je kat dataran atau kawasan luar Masjidil Haram akuwh rasa macam speechless. Cantik. SubhanaAllah. Masuk je dalam Masjidil Haram tu, akuwh nampak Kaabah. SubhanaAllah. Perasaan sewaktu nampak Kaabag masa tuh memang tak dapat digambarkan dengan kata-2 * berlinang dah air mata akuwh time taip neyh. SubhanaAllah. *
Akuwh rasa macam tak sangka yang akuwh dapat menjejakkan kaki di dalam Masjidil Haram dan akuwh akan melakukan tawaf umrah. Ya Allah. Perasaan yg tidak dapat di gambarkan.
Selepas Tawaf 7 kali, Akuwh melakukan Saie dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali dan kemudian Tahallul. Akuwh siap melakukan umrah yg pertama neyh dalam pukul 3am. Alang-2 tuh, akuwh pun tunggu waktu solat subuh. Solah Subuh kat sini tidak ada doa qunut. So, korang jgn pelik pulak taw :)


Okey lah. Setakat ini saja update blog untuk kali ini. Next Update is coming soon okeyh. Wait for it. Akuwh akan menceritkan pengalaman sewaktu di sana. Maybe akuwh akuwh updatekan video sewaktu kat sana. Special Edition tahu :)


Note :

25 April 2012 
Selamat hari jadi budakkk !!
Akuwh hanya mampu mengucapkan " selamat hari jadi " dari jauh.
Akuwh pernah terfikir pada sewaktu masa dulu " apa dan dimana akuwh pada 25 april 2012 ?"
Allah tentukan akuwh supaya mengerjakan umrah yg pertama dan berada di Mekah pada 25 april 2012.
Terima kasih ya Allah kerana memberi akuwh peluang untuk berada di tanah suci Mu pada tarikh yg amat istimewa dalam hidup akuwh.
Alhamdullilah.
* 25 april 2011 - 25 april 2012 genap sewaktu akuwh dengan budakk kalau lah masih. . . . . . *

No comments:

Post a Comment