Pages

Sunday, July 8, 2012

Travelouge Umrah Part 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Holla, update kali ini akuwh nak sambung Travelouge Umrah part 1  * Klik kalau nak baca :) *

26 April 2012 : Mak tak pergi  solat  Zohor kat Masjid sebab sakit kaki. So, akuwh temankan mak akuwh kat hotel. Time solat Asar pula, kitaorang lambat keluar daripada time tengah jalan nak pergi Masjid, semua dah solat. Nak redah jalan untuk sampai ke Masjid memang tak sempat la pastu mak cakap nak solat tepi jalan je * ramai orang-2 arab yang tak sempat solat kat dalam Masjid dorang solat kat tepi-2 jalan. Its so amazing ! Alangkah bagusnya kalau kat Malaysia semua orang macam tu :) *

27 April 2012 : Pagi-2 lagi group SV21 pergi ke Masjid Tana'im untuk berniat umrah yang kedua * bagi sapa-2 yang nk menunaikan umrah yg kedua je la. Tak semua orang dalam bus tuh nak buat umrah kedua *
Untuk berniat ihram di Masjid ini, jemaah disyorkan agar berniat ketika di dalam Masjid kerana sempadan Tanah Haram dan Tanah Halal begitu hampir. Maksudnya disini para jemaah tidak boleh untuk berniat ihram ketika di dalam bas kerana dikhuatiri niat yang tidak sah. 
Selepas selesai solat tahiyatul masjid dan solat sunat ihram, group SV21 bergerak ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah * tawaf, saie dan tahalul *.
Memandang hari ini adalah hari jumaat, maka Pak Ngah akuwh ingin terus duduk di Masjid bagi menunggu masuknya waktu Solat Jumaat. Akuwh yg mengantuk ni, sementara tunggu solat Jumaat boleh pulak akuwh tidur dengan sedap-2 nya kat Masjid tuh  masa Imam bagi Khutbah * astagfirullahaladzim * rasa berdosa sangat akuwh pergi tidur kat Masjid tu. Allah Maha Esa akuwh terima balasan yang cash selepas selesainya solat Jumaat tu. Nak tahu apa balasannya ? Kasut kami semua hilang. 4 pasang kasut hilang sekali gus. Akuwh tak tahu pak ngah dan mak ngah akuwh letak karung kasut tu kat rak mana, pastu dorang mungkin lupa letak kat mana then terus lesap masa nak balik tu. Letih yg terkatanya * kalau letih pun tak boleh merungut. So, kena sabar je la *
Pastu dengan berkaki ayam * akuwh pakai stoking tawaf * then akuwh, pak ngah dan mak ngah pergi ke kedai Rs 3 untuk beli selipar sementara beli selipar yang lain. Mak pula mana la boleh pakai selipar jepun so dah tentu-2 kena beli selipar lain untuk mak akuwh. Akuwh ni nasib baik lah ada beli selipar masa kat Madinah hari tu, so akuwh tak runsing sangatlah pasal nak beli selipar tu. 
Petang tu, akuwh pergi 'tawaf' kedai dengan Cik Shida * roomates sepanjang umrah *

28 April 2012 : Mutawwif  bagi rehat kat para jemaah group SV21 sebab kitaorang lama berada di Mekah * 11 hari * berbanding para jemaah group lain * berbeza mengikut package umrah yg dipilih *
Oleh sebab itu, akuwh pun pergilah merayap disekitar Mekah ni sorang-2. Nak ajak mak akuwh, dia pun tak berapa sihat. So, akuwh pun pergi shopping sorang-2. Cuma satu je mulut dan hati akuwh sepanjang perjalanan keluar tu, akuwh selawat ke atas Rasulullah dan berdoa agar Allah melindungi akuwh. Bukan apa kalau kira takut, memang takut sangat sebab macam-2 cerita akuwh dengar, kena ragut la apa la. So, akuwh berdoa banyak-2 kat Allah agar melindungi akuwh.
Actually, akuwh keluar merayap neyh nak beli makanan yang akuwh boleh makan * lapar~ *. Akuwh pergi merayap sampai ke Hotel Al-Safwa nuh haa. Jauh dari Hotel akuwh. Akuwh pusing-2 area Hotel Al-Safwa tuh then jumpa la food court. Then, akuwh order la burger double-chicken cheese * selera nak sedap-2 jeh :P *. Cashier tuh tanya la " Indonesia ? Malaysia ? ". Akuwh pun jawab la " Malaysia ".
Dah beli makanan tu, akuwh teruih balik Hotel dan makan. Yummy ! :D
Solat Asar akuwh tak pergi sebab mak tak pergi.

29 April 2012 : Group SV21 pergi ke ziarah luar iaitu pergi ke Jabal Sur * just tengok dari dalam bus je * ternyata Jabal Sur tuh memang bukit yang sangat tinggi. Bayangkan macam mana Para Rasul dan Para Nabi pada masa dahulu nak naik bukit tu. SubhanaAllah.
Then kitaorang pergi ke Jabal Rahmah tapi akuwh tak panjat pun Jabal Rahmah tu. Akuwh dan mak duduk makan aiskrim kat bawah sebab Ustaz group akuwh ni kata, " tak payah lah nk naik Jabal Rahmah tu, baik duduk bawah makan aiskrim Rs 3. " So, akuwh dan mak pun duduk bersantai kat bawah makan aiskrim :D
Sejarah pasal Jabal Rahmah ialah tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah lama terpisah. So, ramai orang datang ke Jabal Rahmah untuk memohon percepatkan jodoh. Akuwh hanya berdoa dari jauh agar pertemukan akuwh jodoh yang soleh. Aamiin.
Then, kitaorang pergi ziarah pergi ke Mudzalifah, Mina, Arafah dan Masjid Jannahrah * Miqat ihram *.
Balik ke Hotel untuk ambil wheel-chair untuk mak * sewa dari Andalusia *, masa tawaf dan saie akuwh yang tolak mak. Masa tawaf tu yg agak susah sebab akuwh kena hati-2 time tolak mak takut terlanggar orang kat depan. Saie pulak, Pak Ngah pilih kat bawah tanah sebab tak ramai orang katanya. So, akuwh pun tolak la mak akuwh. Akuwh tolak slow-2 sebab akuwh nak baca doa sambil-2 tolak mak tu. Pastu datang sorang hamba Allah neyh * akuwh tak kenal *, cakap nak tolong tolak mak akuwh. Akuwh pun bagi la, sekali bila dier dah tolak, bapak laju gila. Akuwh berlari nak ikut dier tolak mak akuwh. Rupanya orang tu macam mutawwatif under Andalusia jugak.Orang tu tolak sampai habis Saie dan Tahallul.
Balik-2 Hotel akuwh makan tengahari then pengsan * tidur *. Asar memang tak turun la. Maghrib dan Isya' pulak, mak tak pergi so akuwh pun tak pergi.
Time duduk kat bilik tu, akuwh tiba-2 teringat yg 29 april tu hari jadi si Noraiza * kakak GM *. Akuwh perasan masa tu kat Malaysia lagi sikit lagi nak pukul 12 tengah malam, then akuwh cepat-2 ambil fon dan rakam wishing Happy Bufday. Nak wish guna SMS memang dier dah tak baca, so akuwh fikir baik akuwh rakam video neyh then bluetooth kat dier bila dah balik Malaysia nanti :)

30 April 2012 : Akuwh pergi Subuh sorang-2 sebab mak akuwh tak sihat. Kat sini akuwh kena berani dan sentiasa tawakal kepada Allah. InsyaAllah.
Lepas Subuh, akuwh pergi sarapan. Pukul 7.30am ada bacaan Yassin dan Tahlil untuk group SV21. Then, akuwh keluar untuk beli baju Atiq. Balik tengahari tu akuwh tidur dan maknanya Zohor akuwh tak pergi Masjid. Lepas Lunch akuwh pergi pharmacy untuk beli ubat batuk mak * nasib baik pak arab tuh faham akuwh cakap bahasa melayu weyh *
Asar, Maghrib dan Isya' mak tak pergi sebab tak sihat * demam *. Akuwh kesian sangat kat mak akuwh bila tengok mak akuwh demam. Kenapa bukan akuwh yg demam tu ? Biar mak akuwh yang sihat, akuwh sanggup tukar tempat.

1 Mei 2012 : Akuwh pergi Subuh bersama-2 mak, mak naik wheel-chair * akuwh yg tolak *. Penat jangan cakap, sabar je la.
Pukul 8.30 am, akuwh pergi kedai runcit depan Hotel * beli aiskrim * dan alang-2 akuwh pergi kedai Broast Chicken untuk beli burger chicken double * akuwh berselera nak makan burger je *.
Lunch akuwh makan sorang-2, mak tak larat nak turun makan tapi akuwh tapaukan makanan untuk mak akuwh dalam bilik.
Hari tu akuwh just duduk dalam bilik je, dengar lagu berulang-2 sampai rosak fon lipat akuwh lepas akuwh tukar sim card arab * mobily * kepada Maxis. Panas je hati akuwh, rasa macam nak baling-2 jeh fon tuh dari Mekah ke Madinah * hiperbola sungguh *.
Zohor dan Asar tak pergi Masjid. Maghrib dan Isya' pun. Akuwh bantai tidur sampai pukul 8pm.

2 Mei 2012 : >> akuwh dah start demam teruk masa neyh <<
 7.30 am pergi ke ladang unta sorang-2, mak akuwh tak larat * akuwh beli susu unta  untuk mak akuwh *
pergi Masjid Hubaibiyah * miqat * tapi akuwh just duduk dalam bas je. Seriouly tak larat. Then, pergi Muzium.
Balik-2 bilik akuwh terus pengsan, bayangkan akuwh tak larat gila-2 mata asyik bergenang rasa nak nanges je sebab tak larat. Akuwh mandi-2 then terus tidur sampai pukul 8.45 pm * lama gila akuwh tidur. Tak sedar  mende-2 pun *
Akuwh bangun-2 ingat dah pukul 8.45 am 3 Mei * nak balik da *, akuwh pun gelabah la mandi-2. Sekali bila akuwh turun kat Lobi rupanya baru pukul 8.45 pm, orang lain semua kat Masjid nak solat Isya'. Memang terasa segan sangat.

3 Mei 2012 : Pukul 10am, Pak Ngah bawa Mak Ngah, Mak dan akuwh pergi buat tawaf wida' * tawaf selamat tinggal *.
Mak naik wheel-chair, Pak Ngah akuwh suruh akuwh tolak mula-2 tuh tapi akuwh dah tak larat sangat-2 dah then Pak Ngah akuwh yg tolak sepanjang tawaf tuh. Akuwh memang tak larat gila masa tu, rasa macam nak pitam je. Tapi akuwh kuatkan semangat. Kat Hotel, kemas-2 beg semua. Pukul 2 pm bertolak ke Jeddah. Sementara tunggu pukul 2 tuh akuwh telefon kawan-2 akuwh kat giat :).
Pukul 2pm, kami meninggalkan Tanah Suci Mekah :'( menuju ke Jeddah.
Perjalanan ke Mekah hanya mengambil 1 jam. Sampai kat Airport Jeddah, akuwh bantai pergi beli air chocolate milk shake. Demam-2 bantai akuwh g beli air tuh. Pihak Andalusia ada menyediakan makanan tapi akuwh tak makan pun, tadek selera.
You know what, flight pukul 11.45 malam tapi petang dah duduk kat airport. Airport tuh dah tentu-2 sejuk, akuwh asyik batuk jeh.
Pada pukul 11.30 pm gitu, pintu dah buka bagi penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur.
Akuwh naik la yg macam bus kecik tuh pergi ke flight Saudi Arabia. Dalam flight kali ni akuwh dapat duduk tepi tingkap. Cantik sangat permandangan tapi sebabkan akuwh tak larat. Akuwh tidur jeh sepanjang dalam flight. Bila pramugari bagi makanan pun akuwh tak makan. Tadek selera weyh.

4 Mei 2012 : Pada jam 1 petang, flight akhirnya mendarat di KLIA. Then, pergi ambil luggage * lama gila tunggu *. Pukul 2.30 pm gitu baru settle semua, then pergi ke balai ketibaan. Ramai ahli keluarga yang menyambut akuwh :')


Pengalaman yg akuwh tak kan lupakan dan akuwh akan ingat sampai bila-2 insyaAllah. Agar akuwh dapat ke sana lagi, ya Allah.

Inilah gambar-2 yang sempa di snap sewaktu di sana :

Dalam flight. Otw to Jeddah :)

Masjid Nabawi, Madinah :)

Macam ni lah muka akuwh bila tengahari.

Jabal Sur.

Selepas selesai Umrah * Safa dan Marwah,Saei *

Kaabah. Ramainya orang

Sedap :)

Unta

Jabal Rahmah :)

Makan aiskrim :)

Muzium

Demam :'(

Tiket balik Malaysia :)

Sewaktu di Airport Jeddah. Demam :'(

-->

No comments:

Post a Comment